NUR SHAKINAH BINTI KADIRAN A143445

Saturday, 30 November 2013

Kisah Wanita Yang Sangat Bencikan Nabi Muhammad SAW

Aku benci,benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanya lagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya itu akan sampai ke telinga ku ini", keluh seorang wanita tua sambil membawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari negeri itu.

Wanita tua itu tetap bernekad untuk berpindah dari negeri itu memandangkan dia tidak sukakan seorang manusia mulia. Di mana sahaja orang bercakap tentang diri si mulia itu.Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panas matahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya. Kesan heretan karung itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak dia telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. Yang dia inginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendang telinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buak di dalam dada wanita tua tersebut.

Melihat keadaan wanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati seorang pemuda untuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut :


"Wahai mak cik kemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan saya membawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik".

Wanita tua itupun berkata:

 "Makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), dimana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar nama si Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini ".

"Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karung ini, sehingga makcik sampai ke tempat tujuan"
, pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua tadi.

Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita
"kurang baik" dan cercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun yang baik melainkan semuanya buruk-buruk belaka.

Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun.

Pesan wanita tua itu
"wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolongku dikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku ini,ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantuku melainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dari Muhammad (s.a.w)".

"Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) sebelum ini ?"
tanya pemuda tersebut.

"Tidak, belum pernah bertemu dengannya" jawab wanita tua tersebut.

Pemuda itu hanya senyum dan meminta izin untuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.


"Wanita jenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan telah bersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun mengucapkan terima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua menyalah kan dirinya.

Kemudian si wanita itu bertanya dengan suara yang lembut:


 "Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?"

Pemuda itu tersenyum,dengan senyuman itu beliau menjawab
"Namaku Muhammad, Muhammad Bin Abdullah..


Terduduk wanita tua itu, dan Wanita tua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya.
 
"Apakah benar kamu Muhammad ? tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita baik pun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkan semuanya adalah yang tidak elok mengenainya.
Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifat kasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimana orang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulah satu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?.

Kalau benarkamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah. Pada masaitu juga wanita tua itu
mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allah dan rasul-Nya yang mulia Muhammad (s.a.w)..


"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik"


"Siapa(manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah akhlakdan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan rahimN-ya pada kamu tanpa mengira siapa kamu.”


* Orang yang kikir(bakhil, kedukut) adalah orang yang nama Muhammad di sebut dihadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad (s.a.w).


Rasulullahsaw bersabda maksudnya:
"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencariilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."
(SahihMuslim)

Thursday, 28 November 2013

KISAH TUJUH PEREMPUAN BERTANYA DAN SEORANG LELAKI MENJAWAB

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.


Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.



Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.



Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.



Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Saturday, 23 November 2013

Selamat Datang Cinta




Cinta Tolong Sampaikan Kepada Si Dia..

Cinta…

Tolong beritahu si dia, aku ada perasaan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adaalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal menbuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakana pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurganya..
Tolong katakana pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih miliki keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sadarkan si dia, usah ucap cinta dikala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan pada si dia, aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya engkau Ya Allah yang mengetahui siapa si dia.. Moga pesanan aku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. simpanlah perasaan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..


Friday, 22 November 2013

WANITA

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama, Tuhan?”

Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detik yang Aku ciptakan untuknya?”

Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan dan berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan kepada anak-anaknya...



Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati dan kesengsaraan...

Dan semua cukup dilakukan dengan kedua tangan ini...

“Tetapi…., Engkau membuatnya begitu halus dan lembut.”

“YA…. Aku membuatnya begitu lembut, tetapi kamu belum dapat 
bayangkan kekuatan yang Aku berikan kepadanya agar dia dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa.”

“Apakah dia mampu berfikir?” Tanya Malaikat.

Tuhan menjawab, “Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya.

Malaikat itu menyentuh dadanya,
“Tuhan, Engkau buat ciptaan ini lemah dan rapuh, seolah banyak dekali beban untuknya.”


“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. Aku berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga.”

“Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini amat menakjubkan”

“YA…….., HArus…!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki.

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri..

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…

Mampu tertawa saat hatinya menangis…

Dia boleh berkorban demi orang yang dikasihinya…

Dia boleh melawan ketidakadilan…

Dia bersorak di saat temannya bahagia…

Hatinya terluka saat melihat kesedihan…

Dia tahu sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka…


     “CINTANYA TANPA SYARAT”

Malaikat sangat kagum, “Lalu apa kekuranganya?”


Tuhan menjawab, “Hanya satu hal……, Dia terkadang lupa bertapa berharganya dia.”

Sunday, 17 November 2013

FUNGSI OTAK



Saraf neuron di dalam otak berfungsi membantu manusia mengingat dan menghafal. Pancaindera manusia seperti mata, telinga, hidung, lidah dan daya sentuh mengesan sesuatu tindakan lalu disampaikan kepada otak melalui saraf. Tindakan ini membebaskan antara 50-60 jenis bahan kimia. Bahan kimia ini yang membolehkan manusia berfikir dan mengingat.

Ahli psikologi yang terkemuka, Albert Einstein, mengetengahkan teori yang mengatakan otak manusia ini terbahagi kepada dua: otak kanan dan otak kiri. Kajian ini diteruskan secara lebih sistematik oleh Dr. Robert Ornstein dan Dr. Roger Sperry dari Institut teknologi California sekitar tahun 1960-an. Mereka merumuskan seperti  dalam jadual di bawah:

Rumusan tentang fungsi hemisfera otak.

OTAK KIRI memproses maklumat satu persatu. Ia lebih bertindak balas kepada perkataan, nombor, logic dan analisis. Orang yang kuat berfikir lebih menggunakan otak kiri.
kirikanan

OTAK KANAN lebih khusus memproses maklumat secara holistic (keseluruhan) ia lebih bertindak balas kepada imej, irama dan warna. Seorang yang suka mengelamun (day dreaming) juga menggunakan otak kanan.

Bagaimana Berlainan Fungsi Otak Dalam Mentafsir.

                            Mata anda memandang kepada rumput di tengah padang.

OTAK KANAN mentafsirkannya secara keseluruhan seperti warna hijau, bentuknya rata man mendamaikan hati yang memandang.

OTAK KIRI mentafsirkan rumput itu sehelai demi sehela, bentuknya yang berbeza (ada panjang dan ade yang pendek) dn terdapat juga warna yang berlainan daripada hijau.

Fungsi ptak kanan dan otak kiri boleh dirumuskan seperti berikut.

 OTAK KIRI (mengawal dan menguasai aktiviti-aktiviti logical dan akademik)
  • *       Mentafsir secara urutan satu persatu.
  • *       Menganalisis secara terperinci.
  • *       Berfikir secara linear (pengelolaan).
  • *       Berkaitan matamatik.
  • *       Menggunakan logic.
  • *       Objektif.
  • *       Bahasa.
  • *       Memahami lisan.
  • *      Fakta.
  • *       Berfikir menggunakan perkataan..
  • *       Mengingati lirik lagu.
  • *       Rasional.

OTAK KANAN (mengawal dan menguasai aktiviti-aktiviti imaginasi dan kreativiti)
  • *       Mentafsir secara holistic (keseluruhan) dan serentak.
  • *       Intuisi (mencari ilham).
  • *       Berfikir secara kreatif.
  • *       Berkaitan seni.
  • *       Menggunakan imaginasi .
  • *       Subjektif.
  • *       Ritma (rentak dan intonasi).
  • *       Memahami tanpa lisan.
  • *       Perasaan atau emosi.
  • *       Berfikir menggunakan gambara.
  • *       Menghayati lirik lagu.
  • *       Visi.


Pelajar sains, matamatik, kejuruteraan dan perubatan banyak menggunakan otak kiri. Sementara pelajar sastera dan lain-lain bidang seni banyak menggunakan otak kanan. Untuk mengoptimumkan penggunaan otak, kita harus menggunakan kedua-dua belah otak ketika beajar atau dalam pengamatan harian.

Tuesday, 12 November 2013

Madu

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
  “MIRACLE ANTIBIOTIK”

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah, disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakin.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata – Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK




1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.