NUR SHAKINAH BINTI KADIRAN A143445

Sunday, 17 November 2013

FUNGSI OTAK



Saraf neuron di dalam otak berfungsi membantu manusia mengingat dan menghafal. Pancaindera manusia seperti mata, telinga, hidung, lidah dan daya sentuh mengesan sesuatu tindakan lalu disampaikan kepada otak melalui saraf. Tindakan ini membebaskan antara 50-60 jenis bahan kimia. Bahan kimia ini yang membolehkan manusia berfikir dan mengingat.

Ahli psikologi yang terkemuka, Albert Einstein, mengetengahkan teori yang mengatakan otak manusia ini terbahagi kepada dua: otak kanan dan otak kiri. Kajian ini diteruskan secara lebih sistematik oleh Dr. Robert Ornstein dan Dr. Roger Sperry dari Institut teknologi California sekitar tahun 1960-an. Mereka merumuskan seperti  dalam jadual di bawah:

Rumusan tentang fungsi hemisfera otak.

OTAK KIRI memproses maklumat satu persatu. Ia lebih bertindak balas kepada perkataan, nombor, logic dan analisis. Orang yang kuat berfikir lebih menggunakan otak kiri.
kirikanan

OTAK KANAN lebih khusus memproses maklumat secara holistic (keseluruhan) ia lebih bertindak balas kepada imej, irama dan warna. Seorang yang suka mengelamun (day dreaming) juga menggunakan otak kanan.

Bagaimana Berlainan Fungsi Otak Dalam Mentafsir.

                            Mata anda memandang kepada rumput di tengah padang.

OTAK KANAN mentafsirkannya secara keseluruhan seperti warna hijau, bentuknya rata man mendamaikan hati yang memandang.

OTAK KIRI mentafsirkan rumput itu sehelai demi sehela, bentuknya yang berbeza (ada panjang dan ade yang pendek) dn terdapat juga warna yang berlainan daripada hijau.

Fungsi ptak kanan dan otak kiri boleh dirumuskan seperti berikut.

 OTAK KIRI (mengawal dan menguasai aktiviti-aktiviti logical dan akademik)
  • *       Mentafsir secara urutan satu persatu.
  • *       Menganalisis secara terperinci.
  • *       Berfikir secara linear (pengelolaan).
  • *       Berkaitan matamatik.
  • *       Menggunakan logic.
  • *       Objektif.
  • *       Bahasa.
  • *       Memahami lisan.
  • *      Fakta.
  • *       Berfikir menggunakan perkataan..
  • *       Mengingati lirik lagu.
  • *       Rasional.

OTAK KANAN (mengawal dan menguasai aktiviti-aktiviti imaginasi dan kreativiti)
  • *       Mentafsir secara holistic (keseluruhan) dan serentak.
  • *       Intuisi (mencari ilham).
  • *       Berfikir secara kreatif.
  • *       Berkaitan seni.
  • *       Menggunakan imaginasi .
  • *       Subjektif.
  • *       Ritma (rentak dan intonasi).
  • *       Memahami tanpa lisan.
  • *       Perasaan atau emosi.
  • *       Berfikir menggunakan gambara.
  • *       Menghayati lirik lagu.
  • *       Visi.


Pelajar sains, matamatik, kejuruteraan dan perubatan banyak menggunakan otak kiri. Sementara pelajar sastera dan lain-lain bidang seni banyak menggunakan otak kanan. Untuk mengoptimumkan penggunaan otak, kita harus menggunakan kedua-dua belah otak ketika beajar atau dalam pengamatan harian.

No comments:

Post a Comment