Kaum
feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh
syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah,
bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang
agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah
la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan
auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak
keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar
kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal
pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding
harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita
mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa
buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat
pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan
pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh
jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam
lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat
perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan
organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender,
mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok
pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang
ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang
ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan
sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan
dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan
melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan
remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat
aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak
letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa
melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang,
agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah
bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali
muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya
berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok
imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan
isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami.
Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih
utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi,
taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami
kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan
remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan
pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk
wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi
dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu
membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia
ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat
mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh
sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula
masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga
menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai
orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain
didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa?
Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan
saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat
lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak
lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat
mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang
pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan
empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga
kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad
fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan
tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara
seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu,
wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan
salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada
wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya
kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang
curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak akan berhenti
melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan
peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah
pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah
peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala
peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana
dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah
mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda
sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah.
Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…
No comments:
Post a Comment