Cinta Tolong
Sampaikan Kepada Si Dia..
Cinta…
Tolong beritahu
si dia, aku ada perasaan buatnya..
Tolong beritahu
si dia, cinta agung adaalah cintaNya..
Tolong beritahu
si dia, cinta manusia bakal menbuatnya alpa..
Tolong nasihati
si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati
si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati
si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakana
pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurganya..
Tolong katakana
pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan
si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan
si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan
si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si
dia, bila dia mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si
dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si
dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan
si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan
si dia, aku masih miliki keluarga..
Tolong sedarkan
si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sadarkan
si dia, usah ucap cinta dikala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan
si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan
si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan
padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.
Tolong pesan padanya,
aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan
padanya aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan
cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong
sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong
sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong
sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan
Yang Maha Kuasa..
Tolong
sampaikan pada si dia, aku tidak mampu memberitahunya sendiri..
Hanya engkau Ya
Allah yang mengetahui siapa si dia.. Moga pesanan aku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia.. Moga dia seekor lebah yang
sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. simpanlah
perasaan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..
No comments:
Post a Comment