HUKUM KETAWA
Menurut Dr Yusof Qardhawi, "Sesungguhnya,
tertawa itu termasuk tabiat manusia. Binatang tidak dapat tertawa kerana
tertawa itu datang setelah memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau
sikap dari gerakan yang dilihat, sehingga ia tertawa kerananya."
- Melihat kepada pendapat di atas, hukum tertawa adalah boleh.
- Islam tidak melarang seseorang itu untuk berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.
CARA NABI SAW BERGURAU
Nabi
Muhammad SAW pernah bergurau dengan
seorang wanita tua. Wanita tersebut meminta Nabi doakannya supaya beliau
dimasukkan ke syurga. Kemudian, Baginda menjawab,
"Wahai
ibu. Sesungguhnya, orang tua tidak masuk ke dalam syurga."
Selepas
mendengar jawapan daripada Rasulullah, wanita tua itu segera pulang ke rumah
dan menangis. Kemudian, Baginda bersabda,
أخبروها
أنها
لا
تدخلها
وهي
عجوز
إن
الله
تعالى
يقول
إنا
أنشأناهن
إنشاء
فجعلناهن
أبكارا
عربا
أترابا
Maksudnya : Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak
masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman,
"Sesungguhnya kami menciptakan wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang
baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan
yang sebaya dengannya."
(Hadis
Tirmizi dan al-Baihaqi - sanad hasan)
Abu Hurairah telah meriwayatkan : Para sahabat berkata "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami." Baginda menjawab,
نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا
Maksunya : Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata
melainkan yang benar.
(Hadis Trimizi dan Ahmad,
sanad Ahmad)
CARA NABI KETAWA





Ada riwayat yang meunujukkan bahawa
kebanyakan ketawa Baginda ialah dengan tersenyum, dan apabila Baginda ketawa,
Baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang
menyebut bahawa Rasulullah ketawa dengan tidak menunjukkan gigi.
ETIKA BERGURAU SENDA
Dr
Yusof Qardhawi telah mengariskan lima etika dalam bergurau senda :
1)
Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi
SAW bersabda,
ويل
للذي
يحدث
فيكذب
،
ليضحك
القوم
،
ويل
له
،
ويل
له.
Maksudnya
: Celaka
orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan
celakalah dia!!!
2)
Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan
oleh orang tersebut.
Allah telah
berfiman dalam surah al-Hujurat, ayat 11, "Wahai
orang-orang yang beriman. Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain,
kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina.
Janganlah wanita menghina wanita lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih
baik daripada wanita yang menghina.."
Nabi
juga ada bersabda,
بِحَسْبِ
امْرِىءٍ
مِنَ
الشَّرِ
أَنْ
يَحْقِرَ
أَخَاهُ
الْمُسْلِمَ
Maksudnya : Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina
saudaranya seMuslim.
(Hadis
Muslim - sahih)
Penghinaan
itu juga termasuk cara seseorang itu meniru perbuatan orang lain. (sabah :
mengolok-ngolok).
Saidatina
Aisyah RA berkata, "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia."
Lalu, Baginda bersabda,
ما
أحب
أني
حكيت
أحدا
Maksudnya
: Aku
tidak suka meniru perbuatan orang lain.
(Hadis
Ahmad dan Baihaqi - sanad sahih)
3)
Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir RA berkata, "Sesungguhnya, kami bersama Rasulullah SAW
dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang
lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya, dan mengejutkan lelaki
yang mengantuk itu, menyebabkan dia terperanjat."
Rasulullah SAW
bersabda,
لاَ
يَحِلُّ
لِرَجُلٍ
أَنْ
يُرَوِّعَ
مُسْلِمًا
Maksudnya
: Haram bagi
seorang lelaki menakutkan orang Islam.
(Hadis
Thabrani - sahih)
Nabi
bersabda,
لا
يأخذن
أحدكم
متاع
أخيه
لاعبا
أو
جادا
Maksudnya
: Janganlah
kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak atau
betul-betul.
(Hadis
Ahmad - sahih)
4)
Janganlah melawak di tempat yang serious dan janganlah serious di tempat yang
melawak.
Dalam
Islam, ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan
melawak. Nabi SAW bersabda,
ثلاث
جدهن
جد
وهزلهن
جد:
النكاح
والطلاق
والعتاق
Maksudnya
: Tiga
perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serious
iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.
(Hadis
Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah - sanad hasan)
Sesungguhnya,
Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan
al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 59-61,
"Adakah kamu hai
musyirikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika
mendenrnya, tidak menangis ketika mendengranya dan kamu dengar dengan keadaan
lalai."
5)
Hendaklah melawak sekadar yang perlu dan tidak berlebihan.
Nabi
SAW bersabda,
وَلَا
تُكْثِرْ
مِنَ
الضَّحْكِ
فَإِنَّ
كَثْرَةَ
الضَّحْكِ
تُمِيْتُ
الْقَلْبَ
Maksudnya : "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa
boleh mematikan hati."
(Hadis
Ahmad dan Ibnu Majah - sanad hasan)
Saidina
Ali RA juga pernah berkata, "Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan
garam dalam makanan kamu."
*Rujukan : Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib
al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan
Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.