AKIBAT PINGGIRKAN TUHAN
Cinta terlarang ialah cinta yang sudah dicemari dan didominasi oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat perkara yang dihajati, sudah terlaksana benda yang dikejar,cinta akan terkulai dan bersepai. Ini akibat membelakangkan peraturan cinta.
HAMBA CINTA

Walaupun
pada awalnya suka sama suka, tetapi akhirnya batin tersiksa juga-zahir dan
batin. Justeru, sudah banyak tragedy yang berlaku daripada hubungan cinta yang
membelakangkan Tuhan. Bertapa ramai remaja yang menjadi korban cinta tigasegi,
cinta tak setia, cinta palsu dan pelbagai lagi. Ingat lirik lagu: “Jangan
bermain api nanti terbakar diri, jangan main cinta nanti badan merana.” Begitulah
selalu diungkapkan. Belum terbakar di akhirat (nauzubillah), sudah terbakar di
dunia!
Ketika
itu, hati tidak nampak selain daripada yang dicintainya. Lupalah diri pada
Pencipta cinta kerana terlalu asyik
dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah! Bagaimana perasaan kita agaknya jika
seseorang begitu leka dengan hadiah sehingga terlupa dengan pemberi hadiah? Siapa
yang lebih utama? Hadiah (Cinta), atau pemberi hadiah(Allah)?
Benarlah kata pepatah Arab:
“Manusia akan menjadi
hamba kepada apa yang dicintainya.”
Keperluan
Vs Kehendak
Hidupku
untuk cinta-Masyhur sekali kata-kata yang dianggap keramat itu. Padahal hidup
adalah ibadah-mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Besar dan Agung. Mana mungkin
cinta manusia dijadikan tujuan hidup.
Ya,
memang cinta diperlukan dalam kehidupan. Tetapi ia bukanlah untuk tujuan
keperluan. Tujuan lebih utama daripada keperluan. Sebaik-baiknya gunakanlah
keperluan untuk mencapai tujuan. Contohnya makan. Makan adalah keperluan, bukan tujuan yakni
memudahkan ibadat.
Samalah
juga dengan cinta. Cuma cinta itu makanan jiwa. Gunakanlah cinta manusia untuk
beribadah atau dengan kata lain, gunakan cinta manusia untuk mendapat cinta
Allah. Jangan sampai keperluan dijadikan tujuan.
Sehinggakan
tanpa disedari, cinta seolah-olah dianggap tuhan. Cinta menjadi centre kepada
segala-galanya. Nak buat apa pun terpaksa merujuk kepada cinta. Jika cinta kata
OK, semua sanggup direnangi. Termasuk lautan api (Neraka pun?) sanggup
direnangi.
Apabila
tuhan dipinggirkan
Sungguh,
Tuhan kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hokum Allah dilanggar
tanpa rasa bersalah. Tetapi dengan rasa manis dan megah.
Tangan
kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki
dengan perempuan yang bukan mahram hingga menimbulkan fitnah.
Semua
yang haram seolah-olah halal hanya
kerana cinta. Bukankah waktu itu kita seolah-olah telah bertuhankan cinta? Benarlah firman Allah yang bermaksud: “Adakah kamu
melihat orang yang menjanjikan hawa nafsu sebagai tuhannya?” – (Surah
al-Jathiyah 45:43)
Racun-racun
berbisa yang memusnahkan pohon cinta sejati telah dianggap sebagai baja.
Akhirnya pohon cinta terlarang pun tumbuh dan akhirnya berbuah. Buah yang
pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh
dan menjijikan. Bohsia, bojan, gigolo, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah
cinta?
Ukuran benci
dan cinta
Cintailah sesuatu itu sekadarnya sahaja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu hari. Bencilah yang engkau benci sekadar sahaja. Berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu hari.
Kawal bukan sekat
Peraturan
cinta diibaratkan seperti tanda-tanda jalan dan lampu isyarat di atas jalan
raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu
diatur dan dikawal.

Apakah
perbezaan antara kawalan dansekatan? Kawalan untuk meneruskan sesuatu
pergerakan tetapi dengan peraturan
tertentu. Sekatan untuk menghaang secara keseluruhan sesuatu pergerakan
itu. Ya, kawalan itu penting. Jika tidak, kereta di atas jalan rayaakan
mengalami kemalangan dan pertembungan. Bayangkan pada suatu hari, lampu isyarat
di simpang empatrosak. Kecoh dibuatnya. Begitulah cinta-kuasa yang memerlukan
peraturan dan kawalan.
No comments:
Post a Comment