
Saya masih ingat ketika zaman sekolah menengah dahulu, cikgu
bertanya: “Siapa yang yakin dia akan hidup pada hari esok? Angkat Tangan.”
Saya lihat tiada seorang pun yang mengangkat tangan. Hal ini
menunjukkn tiada seorang pun yang yakin bahawa mereka akan hidup pada esok
hari.
Namun, pyang hairannya masih ada orang yang suka bertangguh
untuk melakukan sesuatu. Releven sekiranya bertangguh atas sebab yang tidak
dapat dielakan. Tetapi pelik sekiranya bertangguh atass niat mahu melakukannya
kemudian, sedangkan ketika itu tiada kerja penting yang dilakukan.

Suka bertangguh.
“Tunggulah sekejap.”
“Sekejap lagilah.”
“Tunggu Atikah sampai.”
Sifat suka menunggu atau suka bertangguh adalah
sifat orang yang rugi. Mengapa? Orang lain berlumba-lumba mencari kebaikan,
peluang dan hidayah, kita pula seperti menunggu sesuatu yang orang lain sedang
beralri mencar. Bola tidak akan dating bergolek dengan sendirinya jika bukan
kita yang pergi menggerakkannya, melainkan ada orang lain yang golekkannya. Tetapi
itu bermakna, orang lain yang mencarikan untuk kita!
Dalam usaha untuk mencapai tujuan hidup, kita suka bertangguh
untuk mengejarnya. Bukan sahaja menunggu peluang, malah bertangguh membuat
persediaan, menunggu keyakinan, menunggu orang datang menolong dan sebagainya. Mengapa
kita tidak memilih untuk mencipta
ataupun mencari?
Mencipta peluang, mencipta keyakinan dan membuat persediaan! Sebenarnya
semua perkara ini tidak akan datang melainkan kita sendiri yang perlu mencari
ataupun menciptanya.
Mahu orang lain yang mengikut kita?
Lakukan dahulu. Dalam ramai-ramai kawan, pasti
pasti ada yang berkenan dengan idea dan gaya berfikir kita. Apabila mereka
bersetuju dengan kita, pasti mereka akan mengikut dan memberikan sokongan.
Mahu tunggu sampai bila?
Ya, kita mahu tunggu sampai bila untuk
memulakan sesuatu? Mahu sampai bila untuk mencapai tujuan hidup dan cita-cita?
Kadangkala, kita suka menunggu kerana kita
tidak mahu membuang masa untuk mencari perkara yang entah dapat ataupun tidak. Tetapi
kita tidak sedar bahawa menunggu dan bertangguh itu juga membuang masa.
Kita berimpian untuk mengenggam segulung
ijazah dengan mendapat anugerah Naib canselor misalnya, tetapi kita
berkira-kira: “Aku tidak layak menjadi pelajar cemerlang seperti itu.” Dalam masa
yang sama, kita masih bertangguh untuk menjalankan rutin pelajar yang mahukan
kecemerlangan.
Ulang kaji entah ke mana, tidur terlalu
berlebihan, ibadah fardhu kurang cakna, apatah lagi ibadah sunat yang kadang
dipandang sepi. Kononnya kita bertangguh untuk melakukan persediaan itu semua
atas dasar kita tidak pasti untuk menyandang anugerah pelajar cemerlang. Bermimpilah
kemudian berusahalah ke arahnya. Itu sunnatullahnya. Jika bertangguh
bukankah lebih menjauhi kecemerlangan?
Justeru,
manfaatkanlah masa yang telah Allah kurniakan. Mohonlah doa supaya Allah memberikan
keberkatan pada masa dan usia kita. Jangan suka bertangguh dan menunggu. Cari dan
ciptalah manfaat serta kebaikan yang menguntungkan di dunia dan di akhirat.
Hanya ada 90 minit
Allah telah bersumpah atas nama masa bahawa manusia sentiasa
dalam kerugian apabila masa yang dikurniakan tidak dimanfaatkan untuk
perkara-perkara yang berfaedah dan kebaikan. Masa tidak akan menunggu kita, ia
akan terus berjalan memotong usia.
Cuba kita lihat satu permainan bola sepak yang berlangsung
selama 90 minit. Ketika permainan berlangsung, adakah kita melihat
pemain-pemainnya sambil lewa atau banyak berehat? Ada?
Semua pemain pasti bertungkus-lumus mengejar serta menggelecek
bola dengan matlamat untuk menjaringkan gol. Kita boleh lihat para pemain bola
sepak melakukan yang terbaik untuk mencapai kemenangan. Ya, mereka hanya ada 90
minit untuk dimanfaatkan sepenuhnya!
Mengapa kita tidak lakukan sedemikian dalam reality kehidupan
kita?
Sepatutnya kite dapat lakukan lebih baik daripada pemain bola
sepak tadi kerana kita tidak tahu “waktu tamat” kita.
Waktu tamat ibarat tetamu yang tidak diundang. Kita silap
mengenai waktu kematian yang tidak diketahui. Kita anggap usia tua itu semakin hampir
dengan kematian, sedangkan tidak kurang orang muda dijemput tuhan.
No comments:
Post a Comment