NUR SHAKINAH BINTI KADIRAN A143445

Friday, 6 December 2013

Membeli Masa Hadapan

PEPERIKSAAN. AKU MENAIP PERKATAAN INI BESAR-BESAR DI LAPTOPKU. SENGAJA AKU BESARKAN SAIZNYA AGAR PERKATAAN ITU HAMPIR MEMENUHI SKRIN LAPTOPKU. AKU MENELITI HURUF DEMI HURUF. OTAKU LIGAT MENCERNA PERKATAAN YANG KAKU MATI ITU.

Perperiksaan sering kali dikaitkan dengan pelajar. Sebahagian pelajar menerima peperiksaan dalam hidup mereka sebagai suatu bebanan lantaran persiapan rapi terpaksa dilakukan  sebelum mengibarkan bendera kejayaan.

Sebahagian lagi pelajar menerima positif kehadiran peperiksaan sebagai barometer untuk mengukur tahap kecerdasan otak serta pemahaman mereka terhadap subjek-subjek yang telah dipelajari. Setiap pelajar mempunyai penerimaan yang berbeza terhadap peperiksaan.

Bagiku, peperiksaan sesuatu yang menyeronokan. Kenyataan ini sering membuatkan teman-teman sekelasku mencemikkan muka dan mengerutkan dahi. Inilah penerimaanku terhadap peperiksaan; sebagai petanda aras ilmu yang telah aku serap daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 


 Persiapan Menuju Kejayaan

Kelazimannya, lebih kurang tiga minggu sebelum menjelang peperiksaan, aku akan berikit-dikit mengulang kaji secara konsisten. Jika guru tiada di dalam kelas, aku segera mengambil kesempatan itu untuk menelaah pelajaran.

Samuel Johnson, seorang penulis Inggeris yang hidup sekitar abad ke-17 pernah berkata: “Masa hadapan itu debeli oleh masa sekarang.” Ya, benar. Apa yang akan berlaku pada masa hadapan ditentukan oleh persediaan kita pada masa sekarang. Jika benar kita ingin Berjaya, persiapan untuk menuju kejayaan itu perlu dirancang penuh sistematik. 


Falsafah semut
PENGASAS
FALSAFAH
JIM ROHN
1. Tidak mengalah
Apabila terdapat rintangan atau halangan yang menunggu kelancaran kerja, semut akan berusaha mencari jalan lari dari segenap penjuru. Jika tidak dapat bergerak ke hadapan, ia akan bergerak ke kiri, kanan, belakang atas dan bawah.

2. Tidak membuang masa
Ketika musim sejuk, semut akan mencari jalan untuk cuba keluar dari sarangnya. Sekiranya suhu terlalu dingin, ia akan masuk semula ke dalam sarang dan keluar apabila mendapati suhu kembali panas. Namun, semut tidak akan menunggu sehingga cuaca betul betul panas kerana merasakan masa yang ada sangat berharga.
IKTIBAR: Itu semut, makhluk tidak berakal juga punya kesungguhan luar biasa. Manusia yang dikurniakan akal seharusnya lebih gigih dan berfikir lebih ke hadapan.


D.U.I.T

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada(balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa-apa yang diusahakannya.” (Surah al-Najm 53:39)

   Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal (D.U.I.T). Empat element ini aku gunakan sepenuhnya bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sebaiknya, segala tindakan kita mestilah didahului dengan doa. Berdoalah dengan cara memperbanyakan ibadat sunat seperti solat Taubat, solat Hajat, bersedekah dan sebagainya.

Sepanjang tempoh berusaha, aku telah merasai keperitan dan penderitaan dari pelbagai sudut, khususnya mental dan jasmani. Ketika ini, aku cuba ikhtiar sedaya upaya yang aku mampukerana aku tahu Allah akan memberi berdasarkan usahaku.

Akhir sekali, aku berserah diri kepada Allah tanpa terlalu memekirkan nahtijahnya. Jika baik, itu ialah kurniaan besar daripada Allah s.w.t. jika sebaliknya, barangkali Allah s.w.t sedang menguji iman kita.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 35 yang bermaksud: “Sungguh akan Kami uji (iman) kamu dengan kesusahan dan (dengan) kesenangan. Dan hanya kepada kamilah kamu akan dikembalikan.”

Justeru, berusaha dan perbanyakan sabar sepanjang meniti jalan kesusahan menuju masa hadapan yang cerah. Sesungguhnya tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sebuah kemanisan kejayaan.

No comments:

Post a Comment