NUR SHAKINAH BINTI KADIRAN A143445

Thursday, 12 December 2013

SUSU

5 MANFAAT MINUM SUSU SEBELUM TIDUR

Masih ingat dengan lagu masa kita kecil  ‘Pok Amai Amai’? Dalam lagu itu anak-anak kebiasaanny diajak meminum susu di malam hari, sebelum tidur. Ternyata minum susu malam hari, terutama mendekati waktu tidur memiliki manfaat bagus buat tubuh kita.



Mempermudahkan penyerapan kalsium
Minum susu sebelum tidur boleh mempermudahkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh kita, jadi kita boleh membesar dengan optimal. Bukan sahaja membuat kita yang masih dalam masa pertumbuhan, ayah dan ibu kita boleh terhindar dari osteoporosis dengan membolehkan diri minum susu sebelum tidur.

Tidur lebih nyenyak
Susu mengandungi zat bernama triptofan, iaitu zat yang boleh berubah jadi hormon melatonin yang boleh membuat tidur lebih nyenyak. Hal ini juga boleh membantu kita yang suka susah tidur atau insomnia. Kita boleh minum susu agar tidur cepat dan seronok.


Penunda lapar
Terkadang kita merasa lapar sebelum tidur dan teringin untuk makan. Untuk kita menghindarkan diri  dari rasa lapar itu, kita boleh menggantinya dengan meminum susu. Minum susu yang rendah lemak, jadi tidak akan membuatkan kita gemuk. Susu mengandungi banyak vitamin dan mineral. Oleh itu, ia boleh memberi nutrisi untuk tubuh kita.


Melancarkan pencernaan
Betul kan…. Kalau kita minum susu, kita akan rasa ingin membuang air besar? Yap, minum susu di waktu pagi boleh melancarkan pencernaan kita. Selain betik, minum susu sebelum tidur boleh jadi alternatif agar kita boleh buang air besar dengan lancar di waktu pagi.

No comments:

Post a Comment