
Latih diri menjadi pendengar
Ya, semua
orang menjadi pendengar. Anak-anak kecil juga boleh menjadi pendengar yang
paling setia pada orang dewasa sekeliling mereka.

1.
Kenal pasti emosi
orang yang meluahkan perasaan. Adakah sedihnya ditahap sederhana ataupun teruk,
marah, putus asa dan sebagainya.
2.
Jaga gerak-geri
tubuh anda. Respons tubuh anda akan mempengaruhi emosi pengadu.
3.
Jaga hubungan
mata. Fokuskan hubungan mata anda kepada pengadu sebagai tanda anda focus
dengan luahannya. Tetapi, elakkan daripada memberi renungan tajam.
4.
Berikan respon
seadanya. Jangan diam sahaja. Berikan respons seperti menganggukkan kepala,
mengerutkan dahi atau katakana “Oh”, “Ya” dan sebagainya. Tetapi, usah
berlebihan kerana itu boleh membantutkan emosi pengadu.
5.
Jangan cenderung
mencelah dengan sering mengaitkan situasi pengadu dalam situasi yang pernah
anda alami. Sedikit persamaan itu tidak mengapa sebagai tanda kita boleh
memahami perasaannya. Tetapi, jika kerap ada persamaan akan membuatkannya
bosan.
6.
Jangan kaitkan
luahannya dengan suasana politik. Tidak semua orang suka berbicara tentang
politik. Malah mungkin boleh mengeruhkan keadaan.
7.
Jika pengadu
menangis, jangan menyuruhnya berhenti menangis. Cuba usap belakang badannya
untuk menenangkannya. Biarkan dia meluahkan segalanya sambil menangis.
8.
Jangan menidakkan
rasa yang dialami olehnya. Rasai apa yang diluahkannya.
9.
Kurangkan bertanya
kerana itu akan membantutkan kelancaran pengadu melontarkan emosinya.
Sebaik-baik pendengar ialah Allah
Yang Satu. Senyap, damai, rahsia kekal rahsia. Tepuk dada, cuba rasa!
No comments:
Post a Comment