Bersabarlah Wahai Hati, Allah Pasti Memberikan Yang Terindah Buatmu…. Bersabarlah sekejap sahaja lagi… Yakinlah dengan Janji Rabb mu
Definisi Motivasi:
1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju & Penggerak Tindakan:
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.
Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.
Oleh
itu,
kita boleh definisikan bahawa:
"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."
2.
Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan.
Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan."
3.
Motivasi Sebagai Darjah
Kesungguhan
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.
Oleh
itu, bolehlah
juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat."
4.
Motivasi Sebagai Stimulator
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan berbuat demikian.
Itulah sebab makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."
Di
sini dapatlah
kita simpulkan bahawa:
5.
Motivasi Sebagai Pemangkin
Keberanian
Apabila kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh
itu, bolehlah
kita simpulkan atau definisikan bahawa:
"Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi."

Cara-Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Diri
21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi
atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak
bermaya, atau putus asa melanda diri anda!
Berikut ini adalah 21 cara!
Berikut ini adalah 21 cara!
- Kenal pasti apa yang menyebabkan anda kehilangan semangat atau motivasi dan fikirkan langkah terdekat yang anda patut lakukan untuk mengembalikan atau meningkatkan motivasi diri anda.
- Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya.
- Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.
- Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
- Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”
- Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
- Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.
- Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
- Membuat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
- Menghadiri seminar motivasi.
- Mendirikan sembahyang / solat khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
- Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
- Menatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
- Meditasi.
- Menyusunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb.
- Berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
- Berjumpa dengan kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
- Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
- Beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga - tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit.
- Mengadakan kenduri doa selamat.
- Melancong di
dalam atau ke
luar negara.

![]() |
|
|||||
![]() |
Untuk
mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam
kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan
langkah-langkah
yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:
1.
Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya
2. Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat
atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat penting
kerana jika anda
tidak
tulis, cita-cita anda hanya akan menjadi angan-angan. Dengan
berbuat
demikian, cita-cita anda itu akan
menjadi
perkara yang amat penting dan berharga bagi anda. Dengan menjadikannya
suatu dokumen dan diberi perhatian, ia akan
mula
meresap ke dalam minda separa sedar anda. Hasilnya,
matlamat-matlamat anda itu akan menjadi sebahagian yang signifikan
dalam hidup anda dan anda tidak akan berpuas hati selagi
matlamat tersebut belum anda capai.
3.
Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Ingin Mencapai
Matlamat / Cita-Cita Anda
Kira dan tentukan berapa
banyak masa
yang anda
perlukan untuk mencapai matlamat-matlamat anda itu. TETAPKAN bila
matlamat
tersebut mesti anda capai. Tetapkan tempoh anda membuat persiapan rapi
untuk mencapai malamat-malamat anda. Tetapkan juga tempoh yang anda
perlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti dalam perancangan atau
pelan tindakan anda.
4. Buat Perancangan
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan
suatu Studio Filem di minda anda!
Gambaran "kejayaan" dalam
minda anda itu akan
membuatkan motivasi anda sentiasa di tahap teratas. Dengan
semangat berkobar-kobar itu
anda akan lebih fokus, lebih komited serta lebih bertekad untuk
mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.
6. Tangani Halangan
Dalam melaksanakan
perancangan
kita, ada kalanya kita tidak lepas daripada menghadapi beberapa
halangan. Halangan-halangan itu mungkin disebabkan oleh kita sendiri
atau oleh orang lain atau disebabkan oleh masalah logistik.
Langkah proaktif yang perlu
anda lakukan dalam konteks ini ialah:
1) Membuat jangkaan
halangan-halangan atau kekangan-kekangan yang mungkin anda
akan hadapi dan mesti anda
atasi.
2) Menumpukan kepada usaha
mendapat bantuan; bantuan
yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya
maklumat,
pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Dengan diiringi doa,
keazaman, usaha gigih serta disiplin yang tinggi,
insya-Allah, anda
akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang anda impikan dengan
cemerlang dan jayanya.
|
No comments:
Post a Comment