Memahami Hikmah membuka kebahagiaan.
- Berbaik sangka dengan Allah.
- Ada masanya kita diuji dengan tarikan yang dilihat seolah-olah tidak menjadi.
- Allah sedang menguj kita dan mahu memberikan kita sesuatu yang lebih baik daripada ape yang kita mahukan.
- Kebahagiaan tidak akan dicapai apabila setelah impian kita dimakbulkan.
"Boleh jadi kamu membenci sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Allah berjanji akan menunaikan setiap permintaan yang keluar daripada mulut dan hati hamba-hamba-Nya. Mungkin doa itu tidak akan dimakbulkan pada hari ini, tetapi kita perlu yakin yang ia pasti tertunai pada suatu hari nanti. Walaupun tidak terasa di dunia ini, ia tetap dibalas di akhirat kelak. Apa yang penting adalah bersangka baik kepada Allah. Bukan ALLAH itu maha pemegang kepada janji?
"Tiada seorang muslim yang berdoa dengan sesuatu doa yang tiada dalam dirinya dosa ataupun memutuskan silaturahim, melainkan Allah memberikan kepadanya satu daripada tiga perkara iaitu sama ada doa itu disegerakan makbul ataupun disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengan doa tadi." - Hadis direkodkan oleh Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya'la.
No comments:
Post a Comment