Mencorak Hidup Kita
Dalam hidup, semangat hidup kita
sering turun, kita menjalani hidup kita dengan tak bergairah dan merasa bosan
dengan rutin dalam hidup ini. Kita merasa hidup kita biasa sahaja dan tak ada
perubahan yang bermakna. Rasanya kita ingin berlari, ingin
berteriak. Kita merasa tak berdaya dan lelah
dalam menjalani hidup ini.
Apakah
ada cara supaya kita menjalani hidup kita dengan semangat ?
Ternyata ada !
Iaitu dengan menjalani hidup
anda sebagai sebuah
CERITA atau DONGENG.

Atau
Apa yang anda rasakan ketika menyaksikan filem-filem seperti
Iron Man, Twilight, The Incredible Hulk dan sebagainya? Filem- filem yang mempunyai cerita yang menarik.
Filem- filem yang mempunyai plot yang menakjubkan.
Anda juga merasakan hal yang sama, iaitu
keseronokan, keberangsangan dan anda merasa benar benar “hidup”.
Apa yang kita boleh pelajari
dari sebuah cerita dan kemudian mengaplikasikannya dalam kehidupan nyata supaya
hidup kita menjadi seronok dan berfantasi ?
1.
Hidup anda harus
mempunyai tentangan
Semua
cerita yang anda baca dan semua film yang anda tonton mempunyai unsur ini di dalamnya.
Iron Man mempunyai musuh-musuh untuk
dihapuskan dan dilawan. Demikian juga
dengan Twilight dan The Incredible Hulk. Musuh adalah tentangan bagi mereka. Dan musuh-musuh ini yang membuat cerita
menjadi menarik dan film menjadi hidup.
Tanpa musuh atau tentangan tidak ada kesempurnaan disana.
Demikian
juga dengan hidup kita. Pelajarilah hal- hal baru, carilah tentangan- tentangan
atau masalah-masalah baru. Lakukanlah
hal-hal baru sehingga hidup kita menjadi seronok dan tak mudah merasa bosan. Teruslah bergerak dan jangan pernah berada di
suatu tempat untuk waktu yang lama.
2.
Hidup anda harus mempunyai petualangan
Semua
cerita yang kita baca dan filem yang kita tonton dan lihat juga mempunyai unsur ini di dalamnya. Putera yang mencari puteri impiannya, bertekad meninggalkan kerajaannya dan menyusuri daerah-daerah
yang tidak diketahuinya. Cinderella bertekad memberanikan diri untuk masuk ke dalam kerajaan,
meneroka daerah yang belum dikenalnya
dan menari dengan si putera.
Demikian
juga dengan hidup kita, agar selalu berfantasi di alam nyata . Dengan itu, maka kita harus menemukan hal-hal baru untuk
dilakukan. Pergi ke tempat-tempat yang belum pernah kita jelajahi dan terokai, mencuba makanan-makanan yang belum
pernah kita cuba, mengenali pelbagai budaya
sesebuah masyarakat, pakaian mereka dan sebagainya. Mengembaralah ! maka
hidup anda tidak akan membosankan. DAN jangan lupe, sentiasalah berfantasi di
alam nyata.
3.
Hidup anda harus
menemukan keindahan
Iron
Man mempunyai Robert Downey, Twilight mempunyai Robert Pattinson dan The
Incredible Hulk pula mempunyai Mark
Ruffalo. Setiap watak utama dalam cerita atau filem biasanya
mempunyai wanita yang dicintainya.

“Life is beautiful if you
found beauty in everything”
No comments:
Post a Comment