KATA-KATA
PEMBAKAR SEMANGAT HIDUP
Seorang
pemenang tidak akan mudah mengalah tetapi seorang pengalah tidak akan pernah
menang.
(Vince
Lombardi)
Kejayaan
berkait rapat dengan tindakan. Mereka yang berjaya akan terus mara ke hadapan.
Mereka membuat kesilapan tetapi tidak pernah berputus asa.
(Conrad
Hilton)
Bekerjalah
seperti anda tak perlukan wang. Mencintailah bagaikan anda tidak pernah
disakiti. Menarilah bagaikan tak seorang pun yang sedang menonton anda.
(Mark
Twain)
Jangan
lihat masa lampau dengan penyesalan. Dan jangan pula lihat masa depan dengan
ketakutan. Tetapi lihatlah sekitar anda dengan penuh kesedaran.
(James
Thurber)
Untuk
membahagiakan orang lain, isilah tangannya dengan kerja, hatinya dengan kasih
sayang, fikirannya dengan tujuan, ingatannya dengan ilmu yang bermanfaat, masa
depannya dengan harapan dan perutnya dengan makanan.
(Frederick
E. Crane)
Kita
seharusnya diajar untuk tidak menunggu inspirasi untuk memulakan sesuatu.
Tindakan selalu melahirkan inspirasi. Sedangkan inspirasi jarang diikuti dengan
tindakan.
(Frank
Tibolt)
Tidak
banyak gunanya memberitahu orang lain tentang kesulitan anda, separuh dari
mereka tidak peduli, sedang separuh yang lain hanya senang mendengarnya.
(Brenda
French)
Ujian bagi
seseorang yang berjaya bukanlah pada kemampuannya untuk menyelesaikan masalah,
tetapi kesabarannya pada waktu dia menghadapi dan menyelesaikan masalah itu.
(David J.
Schwartz)
Bagi
beberapa orang, berfikiran negatif merupakan satu kebiasaan. Seiring dengan
waktu yang berlalu ia akan berubah menjadi satu tabiat. Seperti penyakit
ketagihan arak dan dadah. Ramai orang yang menderita akibat penyakit ini kerana
tabiat negatif terhadap jiwa, tubuh, dan perasaan. Begitulah kalau sesuatu itu
sudah menjadi satu kebiasaan.
(Peter
McWilliams)
Dalam
kehidupan kita sehari-hari, kita dapat melihat bahawa bukan kebahagiaan yang
membuat kita berterimakasih, tetapi rasa terima kasihlah yang membuat kita
bahagia.
(Albert
Clarke)
Kerendahan
hati disandarkan kepada kekuatan bukannya kelemahan. Mengakui kesalahan dan
melakukan perubahan ke atas kesilapan adalah satu bentuk penghormatan tertinggi
pada diri sendiri.
(John
Mccloy)
Keinginan
manusia adalah umpama duit syiling kecil yang dibawanya di dalam sebuah beg.
Semakin banyak yang dimilikinya semakin ia memberatkan.
(Satya Sai
Baba)
No comments:
Post a Comment