NUR SHAKINAH BINTI KADIRAN A143445

Thursday, 31 October 2013

Hikmah Air



Dan Kami jadikan daripada air segala sesuatu yang hidup. Tidakkan mereka percaya?-Surah al-Anbiya ayat 30.






Kesan Pemikiran Negatif

Thank you
water molecule after offering a prayer
Kajian mengatakan lebih 70 peratus daripada komposisi permukaan bumi terdiri daripada air dan hanya 30 peratus adalah daratan. Lihat pula pada penyusunan sel makhluk hidup seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan mikroorganisma iaitu hamper 80 peratus daripadanya terdiri daripada air. Setiap proses metabolism dalam badan hanya berlaku dengan sempurna melalui bantuan air dalam badan. Inilah hebatnya kuasa air dengan keizinan Allah!


Seorang doctor perubatan alternative di Jepun, Dr. Masaru Emoto bersama sahabatnya Kazuya Ishibashi telah menjalankan kajian akan hubungan air dan pengaruh pemmikiran serta emosi manusia. Molekul-molekul air berubah berubah bentuk dengan pelbagai bentuk perkataan yang berbeza daripada emosi yang berbeza.

Perkataan yang positif dan baik menghasilkan molekul air yang baik dan cantik, manakala perkataan yang negative yang lahir daripada emosi tidak stabil menghasilkan bentuk molekul yang hodoh dan jelek. Subhanallah!

Gambar yang ditunjukkan adalah antara hasil pemerhatian dan kajian Dr. Masaru Emoto. Gambar-gambar dan kajian lanjut beliau juga boleh dilihat di http://www.spiritofmaat.com/archive/aug1/consciouswater.html.

Mari kita berpindah ke hidup yang lebih tenang dan harmoni dengan melazimi ucapan-ucapan yang positif. Ucapan yang positif menghasilkan minda yang positif.
Love and appreciation

You make me sick, I will kill you

“Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan ataupun perkataan) menyakitkan hati. Dan (Ingatlah) Allah Maha Kaya dan maha penyantun.” (Surah al-Baqarah, ayat 263).


Sekiranya kita perhatikan, Tuhan sedang mengajar kita supaya berfikir positif dan menyebarkan aura positif kepada persekitaran kita. Tuhan juga melarang kita menyakiti hati orang lain.


membina pasak kepada nilai-nilai pasak kepada nilai-nilai positif ini kita boleh mengucapkan inkantasi (penyataan hati) ini 3 kali sehari:

Saya adalah makhluk terbaik. Saya hanya bertindak dengan cara yang terbaik sahaja, kerana setiap hari adalah hari yang LUAR BIASA!

Ucapkan perkataan-perkataan yang positif seperti ini setiap masa kerana ia mebawa minda separa sedar kita kearah makna ucapan itu. Kita disarankan bagi menghadiahkan diri sendiri dengan perkataan-perkataan sebegini setiap kali kita membuka mata pada awal pagi mahupun pada saat mahu melelapkan mata pada malam hari.

Dibincangkan inkantasi ini disebutkan pada waktu-waktu itu kerana ia antara waktu yang paling kondusif bagi kita mencpai gelombang Alfa minda segar. Inilah ucapan yang dapat menukar minda dripada kalah kepada menang.

Malah ini mampu membina karakter yang kental dan semanagat juang yang tinggi sepanjang kehidupan seharian kita. Dengan mengamalkannya, kita mampu membawa perubahan pada minda dan kepercayaan diri yang kita sememangnya makhluk terbaik yang dijadikan Tuhan dan mampu melakukan banyak perubahan dalam hidup.


Selamat menjalani magnet kejayaan dan kebahagiaan!

No comments:

Post a Comment