NUR SHAKINAH BINTI KADIRAN A143445

Friday, 25 October 2013

Law of Universial Attrection

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."(Surah ar-Ra'd, ayat 11)

KUASA TINDAKAN

Ayat ini menjelaskan tentang kuasa tindakan. Ia mendidik kita supaya berusaha bagi mengubah keadaan diri. Ia memerlukan tindakan dan bukan hanya berdoa kepada Tuhan, kerana Tuhan sendiri tidak mengubah orang yang tidak mahu berubah!

Tip bagi Berubah  ke Arah Kejayaan...........
  1. Lakukan setiap hari!
    • Fikirkan tiga perubahan  yang mahu dilakukan hari ini.
    • Tulis, dan lakukannya setiap hari.
    • Kemudian lihat kesannya dalam hidup kita.    


Saidina Ali pernah berpesan, "Orang yang cemerlang adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam!"

Hakikatnya, amat mudah bagi menjadi insan hebat dan luar biasa. Kita hanya perlu mengamalkanilmu dan perkara-perkara yang kita belum amalkan.

Sebagai contoh, kita tahu yang TUHAN itu INDAH, da amat sukakan KEINDAHAN. Oleh itu, setiap kali menanggalkan kasut ataupun selipar, apa salahnya kita susunkan sebelum masuk ke rumah ataupun mana-mana tempat supaya ia kelihatan cantik dan indah.

Latihan dibawah perlukan setiap pagi untuk memperlihatkan impak yang maksimum. Jadikan ia sebagai rutin setiap hari dan lihat perubahahan luar biasa yang berlaku dalam hidup kita.

Aktiviti: Setiap hari adalah hari yang luar biasa!


Tarikh
Tiga Perubahan LUAR BIASA saya……

1.

2.

3.

1.

2.

3.

1.

2.

3.

1.

2.

3.

1.

2.

3.

1.

2.

3.

1.

2.

3

 








 

No comments:

Post a Comment