NUR SHAKINAH BINTI KADIRAN A143445

Wednesday, 30 October 2013

Law of Universal Attrection



KISAH RAJA TERPUTUS SEBATANG JARI

Pada suatu hari, raja itu cuba melakukan keja yang dilakukan oleh tukang kayu yang menggunakan gergaji, pahat, penukul dan paku. Oleh sebab beliau tidak biasa melakukan pekerjaan itu, kemalangan berlaku dan sebatang jari beliau putus dan tidak dapat disambung kembali.

Ketika merawat beliau yang cedera, peasihat beliau meminta supaya bersabar dengan apa yang berlaku, kerana semuanya mempunyai hikmah. Beliau menjadi marah dengan nasihat itu kerana diminta bersbar walaupun jari sudah hilang. Penasihat beliau menyatakan kejadian itu mempunyai hikmah. Lalu, beliau memecat penasihatnya serta-merta.

Beberapa bulan kemudian, beliau pergi mengembara ke hutan bagi menghiburkan hatinya yang masih sedih kerana kecacatan yang dialami. Dalam pengembaraan di hutan itu, beliau dan pengiring-pengiringnya sesat dan ditangkap oleh puak kanibal.

Semua pengiring beliau dibunuh dan dijadikan korban dalam sesi pemujaan puak itu. Beliau seorang sahaja yang dilepaskan kerana tidak layak dikorbankan, disebabkan kecacatan yang dialami.

Beliau pulang ke istana dengan hati yang gembira dan bersyukur. Kini, baru beliau sedar pada hikmah kemalangan yang berlaku suatu ketika dahulu yang menyebabkan jarinya putus.

Sebagai tanda terima kasih, beliau memanggil kembali bekas peasihatnya. Beliau mengambilnya bekerja kembali sebagai penasihat. Namun, ada suatu perkara yang masih beliau bertanya kepada penasihat itu,

                “Apa pula hikmahnya kamu dipecat, wahai peasihatku?”

Penasihat beliau menjawab,

    “Sekiranya saya tidak dipecat, sudah tentu saya menyertai tuanku dalam pengembaraan itu. Oleh sebab saya tidak cacat, saya pasti menjadi korban dalam pemujaan itu.”

Raja tersenyum dengan jawapan penasihat yang penuh berhikmah itu.

No comments:

Post a Comment