Minda adalah merupakan
elemen kehebatan manusia yang utama. Minda, akal, dan fikiran, merujuk kepada
suatu perkara yang hampir sama namun tetap ada perbezaannya. Apapun, ia
melambangkan kehebatan dan kebijaksanaan seseorang dalam melakukan sesuatu
keputusan, tindakan, dan perancangan. Andai kita tiada minda, pasti kita dapat
menggambarkan bagaimana kita hendak menobatkan diri sebagai makhluk
terhebat…?!
Namun sayang sekali,
walaupun manusia dikurniakan dengan minda yang hebat, tetapi masih ada yang
tidak menggunakannya dengan sebaik yang mungkin. Hal inilah yang menunjukkan
manusia boleh menjadi hebat dan mendapat doa daripada malaikat, atau mungkin
menjadi sangat tidak hebat sehingga setaraf dengan haiwan. Apabila kita dapat
menggunakan minda dengan baik, maka kita akan dapat menentukan keputusan yang
memberi kepuasan kepada semua. Tindakan yang diambil mungkin akan mengira semua
aspek dan kepentingan. Apa yang paling utama adalah minda akan memandu kita
untuk menjadi seorang manusia yang sangat hebat dalam tindakan dan perancangan
kita.
Minda manusia terdiri
daripada dua jenis; minda sedar dan minda separa sedar.
Minda sedar adalah minda
yang aktif apabila manusia sedar atau terjaga. Ia akan melakukan keputusan
tertentu dalam tindakan semasa manusia sedang sedar. Namun, apabila manusia
tidur, maka minda sedar juga akan turut tidur. Biasanya minda sedar ini
digunakan dalam membina pemikiran, membuat keputusan nyata, mengingat, dan
sebagainya. Ia berlaku lebih kepada apabila manusia sedang sedar dan hendak
menggunakan akal.
Minda separa sedar pula
adalah minda di luar kawalan manusia secara langsung namun kita masih dapat
mengawalnya secara tidak langsung. Minda ini akan aktif dan bekerja tidak kira
sama ada manusia sedang sedar (berjaga) atau sedang tidur. Hakikatnya, minda
ini akan terus bekerja dan melaksanakan tugasnya walaupun tanpa pengawasan
kita. Sebagai contoh, kawalan tindakan refleks kepada pernafasan. Kita tidak
pernah belajar untuk bernafas, malah kita tidak langsung merasa untuk mengawal
pernafasan kita, sama ada semasa sedar atau semasa tidur. Ia (bernafas) berlaku
secara semula jadi. Kawalannya berlaku pada minda separa sedar.
![]() |
Dalam kehidupan ini,
hanya 10% hingga 28% sahaja manusia yang sedar dan tahu, serta menggunakan
kehebatan minda separa sedar. Selebihnya, mereka tidak tahu tentang minda
separa sedar dan tidak menggunakan kehebatannya. Golongan yang tidak mengetahui
ini hanya menyangkakan bahawa manusia hebat kerana hanya menggunakan akal dan
fikiran. Ya, memang benar, kehebatan manusia kerana adanya akal yang boleh
berfikir secara rasional, namun sebenarnya bukan terhenti kepada berfikir
sahaja. Kehebatan minda manusia lebih besar daripada itu. Hanya golongan yang
mengetahuinya sahaja dan berjaya menggunakannya dengan baik dan optimum akan
dapat berjaya menguasai minda separa sedar.
Bagaimana untuk
menguatkan minda sedar dan minda separa sedar?
Jika minda sedar, kita
boleh menguat dan mengaktifkannya dengan cara banyak membaca, berfikir,
berdiskusi, dan melakukan sesuatu yang inovasi. Pada ketika itu, minda akan
menjadi aktif. Keaktifan ini akan menyebabkan lebih banyak neuron dalam otak
akan berkembang dan berhubung antara satu sama lain. Hal ini akan menjadikan
minda sedar itu berfungsi dengan lebih baik dan berkesan.
Minda separa sedar juga
boleh diaktif dan diperkasakan. Beberapa aktiviti seperti melakukan
visualisasi, dan membuat pernyataan diri (affirmasi) boleh dilakukan untuk
menguat dan mengaktfikan minda separa sedar. Jika kita melakukan aktiviti yang
dinyatakan tadi, kita tidak membina lebih banyak neuron dalam otak. Tetapi
untuk aktiviti ini kita akan menghasilkan lebih banyak getaran dalam frekuansi
alam. Getaran ini akan menerawang dan berlegar untuk menarik perkara yang sama
untuk bersama dengan kita. Itulah perbezaan antara minda sedar dengan minda
separa sedar.
Apapun, yang penting
sekarang, bersyukurlah kita kerana dikurniakan dengan ‘minda’. Menggunakan
minda dengna baik akan menyebabkan kita akan memperkasakan lagi kehebatan diri
kita sebagai makhluk terhebat. Minda yang baik akan mempengaruhi kehidupan yang
baik….
p/s: Minda yang positif dapat positif,minda yang negatif dapat negatif
No comments:
Post a Comment